Blogger Layouts

GenG

BERKENALAN

0 ulasan

Rabu, 1 November 2017

Setelah mengetahui belum tentu engkau faham

sesudah difahamkan belum tentu engkau kenal

apabila sudah dikenalkan belum tentu engkau dapat merasakan

(AKU ADA BILA ENGKAU TIADA)

Hati....

0 ulasan

Sabtu, 13 Mei 2017


Hati perlu ditarbiah. 
Agar ketika lemah,  tidak mudah rebah. 
Agar ketika sarat, tidak mudah karat. 
Hidup ini bukan tentang siapa siapa. 
kerana hidup ini hanya untuk Dia. 
Oleh itu jangan ego dalam menilai semuanya.
kerana kita adalah hamba. Tidak pernah sempurna.

Kritikan.. Kesabaran.. Alhamdulillah.

0 ulasan

Ketika orang mengkritikmu atau mencelamu, 
maka perhatikan celaannya. 
Apabila ada kekurangan itu pada dirimu, 
maka perbaikilah langkahmu 
dan luruskan kesalahanmu. 
Namun apabila kekurangan itu tidak ada pada dirimu, 
berkatalah, “Alhamdulillah”

Orang tak hargai kita, orang tak peduli kita, orang pelekeh kita
orang hina kita, orang pijak kita, 
Takda masalah
Sikit kita tak kisah
TAPI 
kita kena kisah kalau kita tiada kedudukan di sisi Allah SWT

Jatuh pada pandangan orang, Takpaaa
TAPI
Jangan jatuh dari pandangan Allah SWT

Rahsia Kehidupan

0 ulasan

Isnin, 8 Mei 2017

Saat kita memberi, kita akan menerima. Saat kita menolong orang lain, pada saat yang sama kita sedang menolong diri kita sendiri. Apa yang kita lakukan untuk orang lain, sebenarnya kita sedang melakukannya untuk diri kita sendiri.

Inilah rahsia kehidupan yang tersembunyi bagi ramai orang.

Bukan kerana mereka tidak melihat kebenaran ini, tapi mereka tidak mempercayainya.

Sebab itu ramai orang lebih suka menerima daripada memberi. Lebih suka ditolong daripada menolong. Hidup hanya berpusat kepada dirinya sendiri.

Αda perumpamaan menarik, seorang buta yang sedang berjalan dengan tongkatnya di malam hari. Tangan kanannya memegang tongkat sementara tangan kirinya membawa lampu. 

Keadaan ini cukup menghairankan seorang lelaki yang kebetulan melihatnya. 

Lelaki itu bertanya,

"Mengapa anda berjalan membawa lampu sedangkan anda tidak nampak?"

Orang buta itu menjawab, "Untuk menerangi jalan yang ku lalui".

Dgn nada hairan lelaki itu bertanya lagi, "Tetapi bukankah anda buta dan tetap tidak dapat melihat jalan meski ada lampu?" 

Orang buta itu tersenyum sambil menjawab, "Meski saya tidak dapat melihat, orang lain masih dapat melihat saya. Selain membuat jalan menjadi terang, lampu ini dapat menghindarkan org lain untuk tidak melanggar saya"

Di saat kita melakukan sesuatu untuk orang lain, sebenarnya kita sedang melakukan sesuatu utk diri kita sendiri.

Kita diingatkan untuk tidak jemu-jemu berbuat baik.

Ini sebuah rahsia kehidupan untuk hidup yang inginkan kesejahteraan, ketenangan dan hidup bahagia.

Pun begitu, rahsia kehidupan ini tidak bernilai bagi orang-orang yang ego, kedekut dan melakukan sesuatu berdasarkan hanya untuk keuntungan dan kepentingan dirinya sendiri. Jauh sekali bagi orang memberi pertolongan dan melakukan kebaikan dgn tujuan mendapatkan penghormatan dan pujian..
Senyumlah walaupun senyuman kita itu tidak dihargai... 😊😊😊

Assalammualaikum dan Salam Seni.

0 ulasan

Rabu, 16 Disember 2015

Apa khabar semua, sihat ka? Lama kan aku senyap dan tak update blog ni.
Sebenarnya aku tak tahu nak mula cerita macam mana sebab banyak yang
terkumpul dalam kepala otak
banyak juga yang terpendam, banyak juga rahsia. banyak yang di simpan.

Agak-agak berapa tahun eh tak update, punya la malas nak update.

Tapi hari ini tak tahu tiba-tiba aku rasa nak update blog ni.
rasa macam ada masa pula, sebelum ni asyik busy ja.

nak cerita apa eh? banyak sangat ni sampai tak tahu yang mana nak habaq
banyak kisah, banyak benda yang terjadi, banyak perkara yang terkubur.

hurmm, nanti akan aku cerita la satu-satu. kisah sebelum ni. ambil masa nak
karang kisah dan ingat perkara yang mecuit hati, gelak tawa gurau senda tangis pilu.

Untuk hari ini aku cuma nak sampaikan lirik lagu ni. Teringin sangat nak update.
untuk mengimbau kenangan.

Bila terkenang masa lalu rasa terharu
Segalanya masih kekal dalam kenangan
Tiba di persimpangan jalan berpisah jauh
Sekian lama di rantau bersendirian

Tiada lagi seruling senja mendayu
Tiada lagi ketawa riang bersama
Bila sepi mengusik hati
Semuanya kini dalam kenangan

Aku kirimkan restu pada ayah dan bonda
Budi dan jasamu tetap dalam kenangan
Teman seiring jalan kini jauh dariku
Kemesraan kita tetap dalam kenangan

Tiada lagi suara ombak di pantai
Tiada lagi bayu teberau membelai
Di saat sepi begini
Semuanya kini dalam kenangan

Bila masanya tiba nanti aku kembali
Pasti ada yang berubah dan tiada lagi
Dan bila kutinggalkan lagi kampung halaman
Segalanya abadi dalam kenangan.

Sebenar NYA

0 ulasan

Jumaat, 4 April 2014

Sebenar-NYA banyak benda aku nak tulis dalam ni, Banyak benda aku nak update, cerita tu semua dari aku habis diploma hingga sekarang, banyak cerita aku kumpul, tunggu masa nak luah dalam blog ni, tapi memandangkan aku selalu sibuk dan tak ada banyak masa untuk menghadap blog ini, so aku tangguh hajat aku nak cerita kat ampa, In Sha Allah, satu hari nanti aku akan tulis apa yang tersimpan dan terbuku dalam hati dan kepala otak ini dari aku habis diploma 2012 hingga sekarang dan berterusan......................

Kerjayaan aku yang pertama

1 ulasan

Selasa, 19 Februari 2013


Akhirnya Azam aku dari tahun 2007 sudah tercapai , aku berjaya mendapat segulung Diploma . aku gembira sangat sangat, dan bersyukur kepada Allah swt . hmm, nak cerita kat kawan kawan lah, cerita benar sebelum aku berjaya ni, kerjayaan yang tidak disangka sangak kan, angan - angan aku di suatu masa yang dulu menjadi kenyataan, nak jadi kan cerita masa form 5 aku mmg malas ke sekolah dan habis sekolah baru lah terfikir nak belajar. nasib aku baik dapat keputusan SPM cukup cukup makan. semasa sekolah dulu tak terlintas walau sedetik pun nak sambung belajar hingga ketahap Diploma, yang terdetik adalah habis sekolah aku nak kerja , kerja , kerja . tapi lepas cari kerja tak dapat dari situ barulah otak aku berkembang dan aku mula berfikir untuk melanjut kan pelajaran sekurang-kurang nya habis Diploma dan aku nak bukti kan kepada orang-orang yang selalu kondem aku masa aku di bangku sekolah dulu. ada yang cakap aku takde masa depan dan boleh sampai ke level SPM je . aku ingat lagi , macam-macam tomahan dan kata-kata dari orang sekeliling memandang kan aku dulu malas, suka ponteng sekolah dan nakal la kot.. huhu, tapi semua itu aku tak ambik kisah, cuma aku ambik tindakan untuk mengatasi dan menutup mulut orang yang selalu mgata kat aku, aku usaha dengan cara aku, dan sekarang aku dapat bukti kan yang aku ni boleh berjaya macam orang lain , tak semua orang yang pmalas dulu di sekolah tak boleh berjaya, kadang kadang ada orang yang rajin dan boleh di kategorikan pandai di sekolah tapi habis SPM tak ke mana jugak. aku juga dapat bukti kan malas itu boleh mengatasi, first aku msuk kolej aku azam nak jadi rajin . so aku berusaha jadi rajin, Alhamdulilah dengan kuasa Allah swt, aku rajin ke kelas setiap hari , tanpa ada ponteng .  banyak lagi nak cerita . tapi kena slow slow la kawan , nanti banyak banyak , bukan kawan kawan larat nak membaca nye pun . hehee 

ok lah . aku nak kongsi gambar masa aku konvo ni dengan kawan kawan .insyaAllah kalau ada rezeki aku nak habis kan Ijazah pula dan mencapai cita - cita aku .


sapa yang tak kenal lagi Tuan empunya blog, ni haa aku nak tunjuk,
ni la aku, tak la se hensem yang disangka kan
cuma biasa biasa saja . ehhehehe


Ini salah satu Lecturer yang banyak bagi semangat kat aku, En juslastri namanya
banyak lagi lecturer yang banyak bagi semangat kat aku, tapi tak
sempat nak bergambar je . antaranya ialah , Puan Nurul, Puan idayu, Puan Nadia,
Puan Salina, Puan tak igt nama , hehe En.Azrul, En. Wan zabidi, dan lain lain la . teruja sangat nak tulis nama-nama lecturer smpai ta igt nama pulak :) huhu, sorry ye :)


ini lah sahabat saya yang selalu bersama saya , 
yang tengah mak and ayah kpd perempuan tu
si ika kodiang nama nye, yang hujung tu acad nama samaran
nama betul panjang neh , ahmad amir arshad bin ahmad shariman .


ini lah kedua ibu bapa saya, yang banyak berjasa  berkorban untuk saya
banyak beri tunjuk ajar kepada saya
banyak beri dorongan kepada saya
terima kasih kepada family saya.
tak terbalas jasa jasa semua nya.


macam biasa la . ini lah aku . hehe
sempat lagi berposing nye .
apa macam, banyak lagi story aku nak cerita
tapi takpe la . ada story yang mencabar sebelum aku berjaya
nanti slow slow aku cerita
biasa la tengah malam baru aku updates blog, so dengan mgantuk
ni aku malas nak taip dan berfikir untuk scan balik
masa masa lampau aku tu kan . heee

hee =D